KEBAIKAN BUAH-BUAHAN


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Semoga sahabat-sahabat semua berada dalam keadaan baik dan ceria sentiasa..senyum sikit!! 

Siapa suka makan buah? angkat tangan!!!

Sememangnya makan buah-buahan ini mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan badan kita, tapi tak semua buah yang kita tahu khasiatnya bukan? ok kali ini Aida nak tunjukkan beberapa jenis buah yang mempunyai khasiat untuk mengubati beberapa penyakit manusia.

1. Buah Kurma (Phoenix dactylifera L.)


Aida hantu buah kurma..hehe! suka sangat makan buah kurma ini, sehari pun boleh habis satu kotak. Ok! buah kurma ini mengandungi  zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Buah kurma ini sesuai mengubati penyakit gangguan pada usus dengan cara buang biji kurma, bersihkan dan di hiris halus masukkan ke dalam air bersama air lobak merah. Buah kurma juga dapat menghilangkan batuk, dan juga boleh di jadikan penawar racun.

2. Pisang (Musa sapientum )


Pisang mengandungi vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus, kromium dan besi. Getah pisang sangat baik untuk merawat luka , sapu getah pisang pada luka ianya dapat menghentikan pendarahan pada luka dan mempercepatkan proses pengeringan luka. Bagi merawat kudis pula ambil kulit pisang dan sapu pada kudis tersebut. Pisang juga boleh merawat penyakit sembelit, ulser, gastrik, dan radang pada perut.


3. Mangga (Mangifera indica)


Kecur ayaq liuq tengok mangga ini, kena pulak cecah dengan kicap cili api. Mangga kaya dengan zat galian termasuk vitamin A dan C. Mangga dapat mengatasi masalah penyahidratan atau menghilangkan dahaga, menyembuhkan penyakit hernia, ulu hati pedih selepas makan juga digalakan minum air mangga untuk mengurangkan rasa pedih itu, dapat melancarkan peredaran darah tetapi mangga ini kurang sesuai bagi seseorang yang menghidap penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat kerana kadar gula yang tinggi.

4. Belimbing (Averhoa crambola)


Belimbing ini dapat merawat penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, dan radang gusi. Bagi penyakit kencing manis, belimbing dapat menurunkan kadar gula dalam darah. 

5. Ciku (Manilkara zapota)


Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.

6. Tembikai (Citrullus vulgaris)


Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah. Kalau Aida makan ini mahu sakit tekak seminggu. huhu..

7. Betik (Carica papaya)


Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

Ini baru antara khasiat beberapa buah, banyak lagi jenis buah yang mempunyai khasiat tersendiri. Itu lah ciptaan Allah s.w.t sangat besar keajaibannya, setiap apa yang diciptakannya mempunyai kebaikan untuk makhluknya. Bersyukurlah.. 






30 comments:

shida'R said...

hehee akhirnya.. dia update juga entri ;)

najihah sahami said...

semua yg aida letak tu mish makan kecuali kurma ngn tembikai.eheee...kurma mish xberapa makan sgt. tembikai mish tak makan langsung!

hehe

Azhafizah[フィザ] said...

fiza suke buah-buahan tempatan especially buah pisang..tak makan nasi pun xpe asal ade buah pisang..star fruit jarang makan sebab jarang jumpe..hikhikhik..

belogkiter said...

emm .. memang saya suka buah buahan di atas tu... nasib baik banyak khasiat nya tersendiri

Ayie Abas said...

AYIE SEKARANG KERAP MAKAN BUAH EPAL...BUAH KURMA PUN AYIE SELALU MAKAN JUGAK.

Terbelog said...

betul ke makan pisang boleh gemuk ?

Lady Jaja said...

saye pencinta buah-buahan... tp, ciku je x makan. hahahahaha...

Kazen said...

sy suka makan kurma...satu kotak satu malam ja abes :p

Cik Azizah said...

yey suke pisang! tinggi potasium..kenyang dan fiber!

FarHANa aZwA said...

wahhhhhhh boleh jadik doktor buah buahan ni..hehehe

ZORA said...

makan buah best....:P

lella lala walaa said...

ohh! rindu kat buah-buahan. sejak ceroboh negeri orang nih, tak makan lagi buah-buahan. huwaa.. :'(

PCL said...

hai froggie...ni hari Jummat, biasanya ada pisang kat masjid2, tp sejak kebelakangan ni dah takde plk , PCL mmg gemar makan buah pisang..teringat plk zaman skolah dulu masa pegi solat jumaat.

Miss. Tina said...

buah-buahan mmg baik untuk kesihatan especially baik utk pencernaan dan awet muda....boleh dapat banyak vitamin juga. Terima kasih sebab dah rajin update blog hehehe...:-)

qamarguyz said...

salam ziarah..
s0 kesimpulannya, 'Makanlah Buah-buahan Tempatan'..hehE..tiba2 teringat tajuk satu khutbah Jumaat plk! ;)

alif haris said...

sy suke mkn buah .. lg2 kalau dpat free ..
contoh hari jumaat dpt pisang free ..haha memang best

fadh leyanie said...

suka semua buah-buahan...:P

shameel Iskandar said...

buahan2 bagus seklai utk kesihatan dan juga diet. begitu juga dgn sayur-sayuran. cuma buah tembikai, durian dan rambuatan tak digalakkan ambil secara berlebiah2an terutamanya yg ada kencing manis

Nur Lyanah said...

like honeydew..
done follow u..

http://milocincau00.blogspot.com/

Nur Atiqah said...

Suka kurma jugak. Tapi ramai ibu-ibu cakap, perempuan jangan amalkan makan tembikai sangat. Teehee.

suha said...

tak tau nape,tapi cik suha tak bape suke kurma..makan,ok je tapi tak beriya (^_^)

Iwanski said...

tapi org slalu malas makan buah..

Kak Long said...

terima kasih share...kak long mmg hantu mangga..hehe

Iwanski said...

buah2an yg menyihatkan badan..

jignesh said...

This was really a Great post i loved reading it.
Thanks a ton.
Mehndi Designs for Hands

jignesh said...

This is nice quote and really appreciate ur work.
great work
Quotes on Love
Katrina kaif Wallpapers
Birthday SMS
Birthday messages

Nonie said...

aida!!hehe..sama..nonie pun suka kurma.everyday mkn sebijik at least.hehe.btw..miss u,lama xnmpk ^_^

yusuflaili said...

Salam;
negara kita tak kurang dgn khasiat2 tinggi mutunya berbanding buah dari luar.

3no gr33ny said...

rindunye nk mkn ciku a.k.a buah sawa nila..hehhe

EyqaLuvender said...

sy suke mkn buah juga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Small Cute Green Pointer
 

Copyright © 2013 Reserved to Diari Si Froggie Design by Aida Omar